Saturday, August 22, 2009

Fadhilat Terawikh

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."

Fadhilat Puasa Ramadhan.

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."
(Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:
"Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan..


Salam Ramadhan untuk semua terutamanya ibu bapaku... kawan-kawan ku dan kepada sesiapa saja yg mengenali ku dan seluruh umat islam..

Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti..

Insyaallah..

Saturday, August 15, 2009

Pesanan Untuk Sahabat



KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN KU KAT UTM, SKUDAI...
SELAMAT MENJALANI UJIAN

SEMOGA APA YG KITA PELAJARI MENDAPAT PETUNJUKNYA..
INSYAALLAH...

Saturday, July 25, 2009

Petua Pelajar Cemerlang Dato Dr Fadzilah Kamsah

Pelajar cemerlang akan menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a) Kita ingat 10% apa yang dibaca
b) Kita ingat 20% apa yang didengar
c) Kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d) Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e) Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan.

2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah).

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblat
f). janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan

5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku /nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:
a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c). mengingat kembali ( recall )
d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yangpositif pada guru
b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum gurumengajar

9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b). membrika tumpuan sepanuhnya
c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &malas

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji,dan sebelum menghadapi peperiksaan

13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih

14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji

15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biological
clock ).

16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran / zikir selepas riadah
dan selepas berdoa

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa80% selepas belajar )

18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa

22. Tahu petua mengulang kaji
a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b). siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna
c). duduk tegak dikerusi yang selesa
d). baca doa penerang hati
e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f). fikir dan ingat kembali isi utama
g). catat / lakar
h). semak semula ketepatan maklumat
i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j). buat rumusan
k). jawab soalan
l). tampal maklumat yang rumit di dinding
m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca suratkhabar, melawat rakan dan sebagainya

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a). jangan makan kepala ikan
b). jangan makan organ dalaman
c). jangan minum semasa makan

Thursday, July 9, 2009

Rahsia Melalui Tulisan

Mengikut kajian pakar motivasi Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

PERTAMA : TEKANAN
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
-Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
-Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

KEDUA : BENTUK TULISAN
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
-Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
-Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

KETIGA : KECONDONGAN
i. Condong ke kanan
-Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasihsayang, berani, pemurah.
ii. Condong ke kiri
-Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak sukacampur orang.
iii. Tegak
-Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah.
iv. Campur-campur
-Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf).


KEEMPAT : KERAPATAN
i. Jarang-jarang
-Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
-Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

KELIMA : PADA HURUF J, G, Y, Zi. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
-Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
-Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.

KEENAM : PADA PALANG HURUF KECIL T (T)
i. Tinggi
-Tahap aspirasi tinggi.
ii. Rendah
-Mudah berpuas hati, cita-cita rendahiii. Tengah-tengah-Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang
dalam hidup…

Wednesday, July 8, 2009

Sem Baru... Azam Baru


Assalamualaikum...
Selamat kembali kepada semua warga UTM ke campus...
Terutama kepada kawan-kawan kat FKA.
Harap sume dapat membawa semangat dan azam yg baru..


Sekarang ni sem baru dah start.
Aku dah masuk tahun 3.. sekejap je rasa..
Kalau takde masalah, 2 tahun lagi aku akan gred..
Rase mcm dah tak sabar-sabar nak gred. Hu..hu..

Dah masuk tahun 3 ni, mungkin cabaran yg bakal aku terima makin mencabar...
Subjek yg aku ambil dah makin susah..
Harap-harap aku dapat tempuhinya dgn lebih baik dengan berbekalkan azam baru.. Hu..hu..
Target aku sem ni nak capai "DEKAN"
InsyAllah.


"Semoga hari ini lebih baik daripda semalam"






Tuesday, June 30, 2009

Saki-Baki Cuti

Alahai...
baki cuti sem aku dah tak sampai seminggu..
hujung minggu ni dah kena balik campus..
pejam celik pejam celik je habis cuti aku dua bulan..
Time duk kat campus.. Teringat kat kg.. Time duk kat kg.. Teringat kat campus..
Ha..ha..


Apa yg dah aku buat dlm tempoh dua bulan ni?
Makan.. Tido.. Jalan-jalan.. Ha..ha.. Takde apa yg menarik pun..
Paling best dapat jumpe balik kawan-kawan time zaman sekolah menengah dulu..
Hu..hu..
Apepun, aku dah habiskan cuti 2 bulan ni..


Naik sem baru ni nak buat azam baru..
Kalau boleh nak lagi baik dari sem lepas dlm semua hal..
Insyaallah..




Wednesday, June 24, 2009

Bantal Dan Perwatakan


Tahukah anda, dari bantal kita boleh mengenali perwatakan seseorang?

1) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

2) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

3) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

4) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

5) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita.

6) Meletakkan Bantal Di Bawah Punggung
Mereka ni jenis suka terikut ikut cakap kawan-kawan. Biasanya mereka ini mungkin mempunyai sistem peranakan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..

7) Tidak Punya Bantal
Boleh dapatkan di kedai berhampiran.. He..he..

Friday, June 19, 2009

Rahsia Bulan Lahir – Dato’ Fadzilah Kamsah

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan.

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Ape pendapat anda?

Wednesday, June 17, 2009

Selamat Hari Lahir Ibu




IBU
SELAMAT HARI LAHIR YG KE-50

SEMOGA ALLAH S.W.T MENGURNIAKAN MU KEBAHAGIAAN, KEJAYAAN DAN KEBERKATAN
&
LINDUNGI MU HARI INI, ESOK DAN SELAMANYA..

Sunday, June 14, 2009

Sebuah Persahabatan

Sahabatku....
Pada saat kau hadir ke dalam hidupku
Aku langsung tidak mengenali dirimu
Tetapi kau lemparkan senyuman manis dan ikhlas
Terpancar sinar kegembiraan diwajahmu
Maka dengan senang hati dan kesyukuran
Aku menyambut salam perkenalan darimu itu..
Sahabatku....
Hari demi hari berlalu
Kau dan aku semakin kenal hati budi masing-masing
Berkongsi suka dan duka
Tangis dan tawa yang dirasai
Pahit dan manis kehidupan yang dilalui
Ya..! Ukhuwah antara kita semakin intim wahai sahabatku..
Sahabatku....
Tika aku hampir lemas dan putus asa dalam arus dunia
Kau datang dengan 1001 nasihat kepadaku
Kau tersenyum dan menunjukkan sinar ceria wajahmu
Kau genggam erat dan pimpin tanganku
Lalu kau berbisik kepadaku
Tentang janji-janji Allah swt terhadap hamba-Nya yang beriman
Dan kau yakinkan aku, bahawa Allah swt sentiasa bersamaku..
Sahabatku....
Aku masih ingat bilamana aku memeluk dirimu
Kau berkata padaku
Wahai sahabatku, sayangilah aku kerana Ilahi
Dan pimpinlah aku ke jalan Ilahi
Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke jannah
Dengan lajunya airmataku mengalir ke pipi
Lalu kau sapu dengan senyumanmu
Dan kau keringkan airmataku itu
Dengan gelengan kepalamu
Sesungguhnya engkau sahabat sejatiku..
Sahabatku....
Andainya satu hari nanti
Kita terpisah dek jarak
Atau mungkin kita terpisah dek mati
Aku ingin kau tahu satu perkara
Bahawasanya
Aku sangat menyayangimu
Hanya kerana Allah swt
Aku mengasihimu
Hanya kerana Allah swt
Dan teruslah berdoa agar ukhuwah antara kita
Kekal hingga ke syurga
Walaupun banyak dugaan yang akan melanda
Ketahuilah, aku akan cuba memelihara persahabatan ini..
Sahabatku..
Doakan kejayaan kita di dunia dan akhirat
Seandainya aku pergi dulu
Iringilah aku dengan kalungan doa
Janganlah kau tangisi pemergianku
Biarpun dengan setitis airmatamu
Tabahkan dirimu wahai sahabatku
Dalam menempuh dunia yang penuh liku
Semoga kita bertemu di dalam syurga Ilahi
Sesungguhnya engkau sahabatku
Di dunia dan di akhirat
Wahai sahabatku... Hayatilah demi sebuah persahabatan..

Saturday, June 13, 2009

Rahsia Diri & Perwatakan

Mengikut kajian pakar motivasi Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Dari segi fizikal.
-bertubuh kurus - seorang yang agak gemuruh, kelam kabut tapi sangat kreatif, aktif dan pantas bergerak, agak penakut, suka diberi penghargaan dan belaian orang lain.

-bertubuh sederhana - suka tidur dan kuat makan, kuat semangat tetapi selalu tak fikir panjang sebelum bertindak, sensitif, mudah marah dan inginkan kesempurnaaan.

-bertubuh gemuk - seorang yang tenang, penyayang, mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja, agak lambat berfikir tapi ngatan tajam, cabar dan jarang marah.


Dari segi tarikh lahir.
-bulan 2,4,6,8,9,11,12 - kelam kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa nak cari kehebatan.

-bulan1,3,5,6,7,10,12 - tenang, mudah bertolak ansur, mudah diajak berbincang.

-bulan2,3,4,7,8,9 - emosi tinggi, mudah melenting dan mudah tersinggung.


Dari segi warna kegemaran.
-hijau - mencintai alam sekitar, pemurah, ambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis, banyak idea.

-hitam - serius, tinggi iltizam, buat sesutu dengan bersungguh-sungguh.

-putih - optimis, sabar, sangka baik, suka kedamaian.

-merah jambu - penyayang, bersungguh-sungguh, keinginan tinggi.

-oren - suka kebebasasn, kreatif, aktif , agak kelam kabut, ramai kawan, semangat tinggi.

-kuning - ceria, tahan lasak, suka berkawan.

-biru muda - sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama, sedia berkorban untuk orang lain.

-emas/perak - suka kepada kejayaan.


Dari segi urutan dalam keluarga.
-anak sulung - cakap serupa bikin, cemerlang di rumah dan sek, jadi model kepada adik-adik, pandai pujuk, suka kawal orang lain.

-anak tengah - suka jadi pendamai, pemurah, mudah berkawan, suka bertolak ansur

-anak bongsu -berani ambil risiko, bertolak ansur, peramah, kreatif

-anak tunggal -yakin, tak bergantung pada orang lain, cermat, teliti dan terperinci, cita-cita tinggi, pemurah.

Wednesday, June 10, 2009

Semangat Yang Hilang


UNTUK MELIHAT BINTANG DI LANGIT,
KITA MEMERLUKAN KEGELAPAN MALAM…
DAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN,
KITA PERLU MELALUI KEGAGALAN…
JANGAN MALU UNTUK GAGAL..
BANGGA LAH…DENGAN KEGAGALAN ANDA ITU,
PERCAYALAH…ANDA AKAN MELIHAT KEJAYAAN..
ORANG YANG BELUM MELALUI KEGAGALAN
ADALAH ANTARA ORANG RUGI…
APABILA SUDAH MELALUI KEGAGALAN…
ANDA AKAN MENCAPAI KEJAYAAN..
DAN APABILA ANDA MENEMPUH KEMBALI KEGAGALAN…
ANDA TIDAK LAGI RISAU KERANA ANDA SUDAH PERNAH MELALUINYA….
SEMOGA MENCAPAI KEJAYAAN HIDUP
DI DUNIA DAN AKHIRAT



YA ALLAH, BERILAH HAMBAMU INI SEMANGAT UNTUK MENEMPUH HARI-HARI YG MENDATANG...

Monday, June 1, 2009

Result Exam !




Result exam dah keluar dah !
Tak nak tgk tp terpaksa juga tgk... Ha..ha..


Result sem ni still mcm or lebih sem lepas... Sedihnya..
Kecewa sgt-sgt..
Tp nak buat mcm mane, mungkin bukan rezeki aku lagi tp sekurang kurangnya aku dah berusaha.. Sekarang ni, tak boleh nak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri..
Aku redha atas ketentuan-Nya.
so always " THINK POSITIVE".

Untuk sem depan, mungkin aku kena lipat gandakan lagi usaha untuk memcapai ape yg aku target.. Insyaallah.


Tahniah kepada kawan-kawan ku yg telah berjaya.

Friday, May 29, 2009

Cinta Dan Persahabatan

'''Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta? Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.
'''Pada suatu hari, Persahabatan mula terfikir bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.
"'Hmmm...seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku." fikir si Persahabatan. Sejak hari itu Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.
'''Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis semahu-mahunya. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mula bergaul rapat dengan Kecewa, Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai. Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan. Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan.
'''Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta. Dipendekkan cerita...Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.
Moral :
  • Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, "Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!" Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.
  • Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.

  • Teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

  • Teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... Renungkanlah, "Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?" Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan...

Thursday, May 21, 2009

Sesuatu yang anda tidak perasan...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Wednesday, May 20, 2009

Cuti Oh Cuti..

Sekarang ni dah hampir 2 minggu berada kat kg, pejam celik.. pejam celik je masa berlalu.. So sekarang ni cuti tinggal sebulan lebih aje lagi, so ape yg aku nak buat ye dgn baki cuti yg ada ni? Ada idea? He..he..

Dah bosan duk kat rumah, ptg tadi pas solat asar, aku keluar la jalan-jalan kat bandar Kuala Terengganu atau dikenali dgn nama "Bandaraya Warisan Pesisir Air". Dah lame tak pusing-pusing bandar ni so pening-pening lalat la, baru je 4 bulan aku tak balik kg, dah byk perubahan yg berlaku.. Bangunan baru tumbuh mcm cendawan lepas hujan... Sini sana ada construction. Jln dua hala jadi sehala, jln sehala jadi dua hala.. Ni la berlaku bila dah bandar bertaraf "bandaraya". Hu..hu.. Kalau pg oversea dua tiga tahun, balik nanti mesti dah tak tau cari jalan balik rumah.. He..he.. Dah puas ronda-ronda, singgah la kat tanjung or nama famousnya Taman Syahbandar.. Kat sini waktu malam dan waktu senja best la... tgk matahari tenggelam sambil tgk nelayan yg baru balik ke laut.. Byk lagi tempat yg best so sesiapa yg belum sampai ke Kuala Terengganu, jom la...

Sunday, May 17, 2009

Renungan







Sumbangan iLuvislam.com



Kata-Kata Hikmat


“Apabila sempurna akal, kurang perkataan”(Saidina Ali Abi Talib)

“Sifat pemarah adalah musuh utama akal”(Saidina Ali Abi Talib)

“Walaubagaimana pun alim seorang itu, dia tidak akan dapat manafaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal”(Lukmanul Hakim)

“Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuh yang celaka adalah jahil”(Saidina Ali Abi Talib)

“Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih baik pula ia berkata-kata”(Saidina Ali Abi Talib)

“Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya”(Saidina Ali Abi Talib)

“Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran”(Hamka)

Akal ilah anugerah Tuhan kepada makhluknya yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberi semata-mata. Ia perlu dituntut”(Hamka)

“Salah satu tugas agama ilah memelihara akal. Memilihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu, melatih diri berfikir, merenungkannya”(Hamka)

“Hawa nafsu membawa kesesatandan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan tetapi akal menyuruh menimbang” (Hamka)

“Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu”(Aristotle)

“Tuntutlah ilmu seperti mana seorang ibu mencari anak tunggalnya yang hilang”(Hamka)

Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.

Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.

Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam.

Sabda Rasullulah s.a.w : Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu. maka ia lebih nyata bahawa kamu tidak akan menghina nikmat Allah atas kamu.( riwayat al-Bukhari & Muslim )

Menghormati orang lain seperti anda menghormati diri anda sendiri. Menghormati diri lebih memberi kepercayaan pada kita dan hendaklah kita jaga diri kita dengan menghiasi perbadi kita.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di seluruh Malaysia... "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Friday, May 15, 2009

Sahabat


Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya didunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawanbaik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawanyang baik...kepada kawan baik kita.