Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul kepada seluruh ummat Islam....

Friday, February 19, 2010

Sahabat Sejati

Untuk diriku…
Untuk sahabatku…
Serta buat yang mengerti erti persahabatan sejati……..

Kerana Allah kita di sini…
Kerana Allah kita mengenali..
Kerana Nya kita memahami..
Erti persahabatan sejati..
Iaitu pabila aku berlaku baik padamu..kau akan membalasnya..
Pabila aku kesusahan..engkau setia berdiri di sisiku..
Pabila aku menderita..kau akan turut merasai penderitaanku..

Kau sahabat sejati …
Yang sentiasa memuliakanku dan menutup aibku..
Sentiasa menyusahkan dirimu untukku..
Sentiasa membuatkan aku terasa dihargai…
Sedang hati kau terluka dalam mempertahankan persahabatan ini…
Kerana aku lupa untuk menghargaimu sebagaimana engkau menghargaiku…
Biarpun begitu.. kau masih dan terus di situ untuk berdiri sebagai sahabat sejatiku..

Yang bernama sahabat sejati,
Kau ikhlas di sisiku,
Tika susah dan senangku..
Menangis dan ketawa bersama-samaku..
Hingga kadang-kadang terdetik di hati kecilku...
Mengapa begitu setia kau di sisiku..
Aku tertanya-tanya ..
Ku kira jawapannya ada padaku..
Kerana engkau menyayangiku bukan kerana diriku..
Bukan juga kerana dirimu..
Tapi kerana Allah yang satu..

Kau sahabat sejati,
Baru ku sedar…
Melihat mu hatiku teringat pada Allah..
Berbicara dengan mu..bertambahlah ilmu di jiwaku..
Melihat kelakuanmu..sayu aku teringat pada kampung akhirat
Tika itu aku berfikir...
Mana mungkin kau bukan teman sejatiku..

Sahabat sejatiku,
Yang mengajar aku erti memahami dan menghargai..
Menyayangi dan menghormati..
Mana mungkin aku terus membiarkan kau sendirian susah dalam mempertahankan perhubungan ini…
Bimbinglah aku..
Ajarlah aku..
Tunjukilah aku…
Supaya suatu hari aku turut merasai apa yang kau rasai…






Thursday, February 18, 2010

Holiday.. Oh Holiday..

Holiday.. Oh holiday..
Pejam celik, pejam celik.. Cuti sem cume tinggal beberapa hari je lagi.. Cuti dah seminggu semacam baru semalam je balik kg.. Tido pun rase mcm tak puas lg. He..he.. Bestnya kalau selalu dapat rehat mcm nie, malas nak fikirkan assignment yg berlambak kat campus tu..

Bila naik cuti, musim test 2 akan mula.. Hope aku dpt tebus balik ape yg dah aku buat silap time test 1 hari tu.. Insyaallah...

Ya Allah, kembalikanlah semangat hambamu ini...

Wednesday, February 10, 2010

Bersyukurlah..


Ya Allah..
Aku bersyukur atas segala rahmat-Mu..