Thursday, February 17, 2011

Bahaya Penadol

Doktor memberitahu, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat ini ke dalam mulut anda.

Sunday, February 13, 2011

PSM - Part 1

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia buat semua..

Sekarang dah sampai ke minggu ke-6 kuliah.. so hasil perkiraan aku hanya tinggal 2 bulan setengah lagi sebelum aku gred..
Tp sebelum tu, aku kena siapkan final year projek aku or nama famousnya di UTM, PSM (Projek Sarjana Muda)

Tajuk projek PSM aku ialah Analisis Dan Rekabentuk Asas Cerucuk dan Tukup Cerucuk Dengan Menggunakan Helaian Microsoft Excel dibawah seliaan Ir Azhar Ahmad.

Sekarang nie progress lebih kurang 25% je.. so aku dah kena serius siapkan aku punyer projek.. Target nak siapkan program ni sebelum bulan March..
Semoga diberi kekuatan oleh-Nya, Insyaallah..

Tuesday, February 8, 2011

Graduation


Pejam celik.. pejam celik..
Dah hampir 3 tahun berada kat UTM Skudai nie..
Skrg dah kena isi form Graduation so itu tandanya aku dah nak gred...
Kepada semua kawan-kawan, jgn lupa ambik form tu kat office FKA..
isi cepat-cepat takut nanti lupa, tak pasal-pasal tak bleh nak gred..

Insyaallah, tinggal beberapa bulan lagi sebelum aku melanggah ke dunia yg baru iaitu dunia pekerjaan..
Tp klu dpt tawaran sambg master mcm mane? Itu fikir kemudian.. He..he..

Apepun, semoga hari yang mendatang akan lebih baik dr sebelumnya... Insyaallah.